JATA KERAJAAN RIAU-LINGGA

Jumat, 10 Desember 2010

MENGUAK KEBESARAN SEJARAH RIAU-LINGGA-JOHOR DAN PAHANG

SEJARAH KESULTANAN RIAU-JOHOR PAHANG
KESULTANAN JOHOR
Kesultanan Johor ini pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melaka yang bermula daripada tahun 1401 dan di Bintan 1088. Menurut catatan sejarah dan mitosnya, sultan-sultan yang mewarisi wilayah takluk Melaka ini berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang warisnya turun dari Bukit Siguntang, Jambi, Indonesia.  Yang berjalan dari Bukit Siguntang Ke Bintan lalu ke Tumasik (Singapura) lalu mendirikan kerajaan Malaka.
Setelah Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang terakhir berundur dan anak-anak cucunyalah yang membuka Kerajaan Johor dan kemudiannya menguasai seluruh Riau daratan dan kepulauan serta sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu.
Kerajaan Johor dikatakan telah muncul sebagai kuasa terkuat yang menguasai Selat Melaka semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (Sultan Johor ke-8). Sultan Abdul Jalil Shah III telah memberi bantuan kepada pihak Belanda dan mengalahkan Portugis.
kesepakatan  Johor-Belanda ini telah berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Hubungan baik Johor-Belanda ini menjadikan laluan perdagangan Kerajaan Johor di Selat Melaka selamat untuk dilalui oleh pedagang-pedagang, dan sebagai babak awal cengkraman belanda terhadap Kerajaan Melayu di Nusantara.
Di bawah ini adalah Daftar kesultanan Johor bermula dari Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah .

Kesultanan Johor
Dinasti Melaka-Johor

1. Sultan Mahmud Shah ( 1511 - 1528)
2. Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali)
3. Sultan Muzaffar Shah II
4. Sultan Abdul Jalil Shah I
5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
6. Sultan Alauddin Riayat Shah III
7. Sultan Abdullah Ma’ayat Shah
8. Sultan Abdul Jalil Shah III
9. Sultan Ibrahim Shah
10. Sultan Mahmud Shah II

Dinasti Bendahara
11. Sultan Abdul Jalil IV
12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (dari Dinasti Melaka-Johor)
13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
15. Sultan Ahmad Riayat Shah
16. Sultan Mahmud Shah III
17. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah

KESULTANAN JOHOR-RIAU-LINGGA
Puncak kejayaan pemerintahan ialah ketika wujudnya apa yang disebut Kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pahang, yang merangkumi negeri-negeri di bawah takluk Melaka seperti Johor (termasuk Singapura), Rembau, Selangor, Manjong, Beruas, Perak, Pahang, Siak, Deli serdang, kepulauan Riau dan Lingga (yang mana kerajaan ini juga disebut mengikut sejarah sebagai Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang). Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1721) dengan dibantu  Para Puak-puak Bugis yang menguasai Laut Cina Selatan dan Selat Malaka, yaitu 5 saudara Putra-putra Daeng Rilaka yaitu Daeng Perani, Daeng Manambun, Daeng Marewa, Daeng Celak, Daeng Kemasi beserta Pengikutnya, menaiki Tahta Sultan Johor-Riau dan Pahang dengan mengalahkan Raja Kecil bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah melalui sebuah kudeta, sama seperti Raja Kecil mengalahkan Ayahandanya Sultan Abdul Jalil IV. Diera inilah Kerajaan Johor-Riau dan Pahang berada di Ulu Riau Sungai Carang Pulau Bintan dan berganti nama Riau-Johor dan Pahang, dan Sultan memilih Wakil Sultan atau orang nomor dua yaitu Yang Di-pertuan Muda yang dipegang oleh keturunan Bugis yang membantunya, hinggalah berterusan hingga berakhirnya kerajaan Riau-Lingga.
Kesultanan Johor-Riau-Lingga mula berpecah selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, dengan percaturan Inggeris-Belanda melalui Traktat London 1824 Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah terbahagi kepada dua iaitu Johor (termasuk Singapura) di bawah Inggeris dengan Tengku Hussain Shah  dilantik sebagai Sultan Johor ke-18 sementara Riau-Lingga di bawah pengaruh Belanda dengan melantik Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah  sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama.
PERPECAHAN DI KERAJAAN JOHOR-RIAU-LINGGA DAN PAHANG
Mengikut fakta sejarah, Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah didirikan oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir bersama-sama anaknya Sultan Ahmad (namun kurang mendapat pengakuan) dan Sultan Alaudin Riayat Shah II, pada tahun 1528, baru diera Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tahun 1722 di Resmikan Nama Riau-Johor dan Pahang Sebelumnya daerah Johor-Riau-Lingga merupakan sebahagian dari pada jajahan takluk Kesultanan Melaka yang runtuh akibat serangan Portugis pada 1511.
Pada puncak kejayaannya Kesultanan Johor-Riau-Lingga berubah nama menjadi Riau-Johor dan Pahang mencakup wilayah Johor, Singapura, kepulauan Lingga, daerah-daerah di Sumatera seperti Siak Riau daratan dan Jambi.




Kepulauan Lingga
Pada tahun 1811 Sultan Mahmud Shah III (Sultan Johor ke-16) mangkat di Lingga tanpa menamakan sebarang pewaris tahta. Dalam sengketa yang timbul pihak Inggeris memberi sokongan kepada putera sulong Sultan Mahmud Shah iaitu Tengku Hussain, sedangkan Belanda dan Kalangan Bugis (Yang Di-pertuan Muda) menyokong adik beda ibu Tengku Hussain iaitu Tengku Abdul Rahman (Raja Jum’at atau disebut si Komeng)
Pihak Inggeris pada tahun 1824 telah membahagikan Kesultanan Johor kepada dua iaitu
  • Johor berada di bawah pengaruh Inggeris
  • Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.

Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah telah dilantik oleh pihak Belanda menjadi Sultan yang pertama untuk Kerajaan Riau-Lingga.
Sementara itu Tengku Hussain (Tengku Long) kekanda kepada Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah dilantik oleh Inggeris sebagai Sultan Johor (merangkumi Singapura).
Dengan peristiwa perpecahan ini bermulalah era pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama.

KERAJAAN RIAU-LINGGA
Kepulauan Riau-Lingga sekarang


Kesultanan Riau-Lingga
berkuasa tidaklah begitu lama cuma lebih kurang satu abad sahaja. Konspirasi jahat Inggris dan Belanda telah berjaya melemahkan Kerajaan Riau-Lingga, selain daripada faktor masalah dalaman pemerintahan kerajaan.
Walau bagaimanapun era Kesultanan Riau-Lingga telah berjaya menyumbang peranan yang besar dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tokoh intelektual yang paling terkenal semasa Kesultanan Riau-Lingga ialah Raja Ali Haji (1809-1873). Beliau merupakan seorang ahli sejarah, pujangga dan ahli agama yang menetap di Pulau Penyengat (pusat pemerintahan Kerajaan Riau-Lingga pada waktu itu). Di antara karyanya yang terkenal adalah Tuhfat al-Nafis, Gurindam Duabelas, Silsilah Melayu dan Bugis serta banyak lagi.
Berikut Sultan-Sultan Riau-Lingga
1. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I
ibni al-marhum Sultan Mahmud Riayat Shah (1818-1832)

2. Sultan Muhammad Muadzam Shah III
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1832-1835)
(kerana selalu sering berada di Terengganu,
baginda telah diturun tahta oleh Belanda)


3. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV
ibni al-marhum Sultan Muhammad Muadzam Shah (1835-1857)
(Sultan Mahmud telah diturunkan tahta oleh pihak Belanda pada tahun 1857,
baginda telah digantikan oleh bapa saudaranya

Tengku Sulaiman Badrul Alam Shah)

4. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1857-1883)
(mangkat pada 1883 tanpa meninggalkan zuriat dan waris)

5. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II
ibni al-marhum Raja Muhamad Yusuf al-mahdi (1885-1911)
(perlantikannya mendapat sokongan bondanya Tengku Embong Fatimah
yang merupakan anak perempuan kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah
dan ayahandanya YPM Raja Muhamad Yusuf al-mahdi.
Baginda telah diturunkan tahta oleh pihak Belanda.
Merupakan Sultan Riau Lingga yang terakhir.
Baginda mangkat dan disemadikan di Singapura.

Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II tidak mahu tunduk dengan pihak Belanda. Salah satu perubahan yang tidak disenangi oleh Belanda ialah apabila baginda menyatukan kuasa Yang diPertuan Muda di bawah kuasa Sultan. Selama ini kuasa YPM sentiasa berada di kalangan kaum bangsawan Bugis sahaja. Dan perjanjian terakhir yang dibuat Belanda Adalah menghapus Kekuasaan Sultan Riau-Lingga dan para Pejabat kerajaan menjadi Staf pemerintahan Belanda.

Demi mempertahankan maruah diri sebagai Raja Melayu, baginda tidak mahu berkompromi dengan pihak Belanda dan bertindak meninggalkan Pulau Penyengat dan berhijrah ke Singapura bersuaka. Akhirnya Kerajaan Riau-Lingga dihapuskan oleh Belanda secara in absentia , pada 3 Februari 1911. Dan menguatkannya dengan membuat surat keputusan pemerintah belanda tahun 1913 Beliau diturunkan dari tahtanya melalui surat nomor  STBL 1913/19 maka Kesultanan Melayu Lingga-Riau dihapuskan.
Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II mangkat di Singapura pada tahun tahun 1930.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar